MINIT MESYUARAT PENGURUSAN UTAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN TARIKH ...

[Pages:9]SULIT

`

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN UTAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

BIL. 6/2021

TARIKH MASA TEMPAT

: 27 MEI 2021 (KHAMIS)

: 2.30 PETANG

: 1. Bilik Mesyuarat Bougainvillea (Pengerusi dan Urusetia)

2. Secara Teleconference (Aplikasi Zoom) (Semua Ahli Mesyuarat)

KEHADIRAN :

1. (Nama) (Jawatan)

2. ((Nama) (Jawatan

.

(Nama)

(Jawatan)

.

(Nama)

(Jawatan)

20. (Nama) (Jawatan)

TURUT HADIR

21. (Nama ahli mesyuarat) (Jawatan)

1

SULIT

- Pengerusi

SULIT

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

22. (Nama) (Jawatan)

23. (Nama) (Jawatan)

TIDAK HADIR

24. (Nama) (Jawatan)

25. (Nama) (Jawatan)

URUS SETIA MESYUARAT

26. (Nama) (Jawatan)

27. (Nama) (Jawatan)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Muhammad Asraf bin Ahmad, Penolong Pengarah, Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan dan Sesi Tazkirah telah disampaikan oleh Ustazah Zaharah binti Abbas, Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Pembangunan Insan) bertajuk "Jadilah Seorang Yang Bermanfaat". Perincian tazkirah adalah seperti di Lampiran I.

1.2 YBrs. Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat. Seterusnya YBrs. Tuan Pengerusi memaklumkan perkara-perkara berikut:

(1) Ucapan Penghargaan Kepada Mantan TKPO

Mesyuarat merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Sabri bin Zainudin Zainul, mantan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK yang telah bersara wajib pada 18 Mei 2021. Semoga segala jasa bakti beliau sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam terutamanya di AADK diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Makluman

2

SULIT

SULIT (2) Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) Sepanjang PKP 3.0

(a) Mesyuarat mengambil maklum:

(i) bahawa rentetan peningkatan mendadak kes jangkitan virus Covid-19 di seluruh negara, pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa mulai 25 Mei hingga 7 Jun 2021;

(ii) bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Garis Panduan Pengoperasian Pejabat Kerajaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 sebagai panduan dan rujukan yang terpakai sepanjang tempoh PKP 3.0 dan tertakluk kepada arahan Kerajaan dari semasa ke semasa;

(iii) bahawa KDN telah ...;

(iv) bahawa setiap warga AADK yang hadir ke pejabat perlu mengimbas aplikasi mySejahtera setiap kali masuk pejabat;

(v) bahawa semua Pengarah perlu mengurus dan menyelia pegawai/kakitangan masing-masing terutama yang BDR bagi memastikan yang BDR sentiasa berada di rumah ketika waktu pejabat; dan

(vi) bahawa BKP perlu memastikan tidak ada kenderaan diletakkan di luar pagar bangunan pejabat dan mengarahkan semua warga AADK yang hadir bertugas meletakkan dalam kawasan pagar AADK sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

(b) Mesyuarat bersetuju:

(i) dengan perkara-perkara yang maklumkan oleh YBrs Tuan Pengerusi di Para 1.2 (2) (a);

(ii) supaya semua Pengarah dan Ketua Unit menyusuli perkara di Para 1.2 (2) (a) (i) ? (v); dan

(iii) supaya PKP menyusuli perkara di Para 1.2 (2) (a) (v).

3

SULIT

Tindakan: Semua Pengarah Bahagian dan Ketua Unit PKP

SULIT (3) Penangguhan Program-Program Berbentuk Majlis Yang Melibatkan Peserta Yang Ramai (a) Mesyuarat mengambil maklum:

(i) bahawa sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0, sebarang program berbentuk majlis yang melibatkan kehadiran peserta yang ramai perlu ditangguhkan;

(ii) bahawa program yang melibatkan pengoperasian perkhidmatan AADK seperti pengendalian aduan, operasi terhadap aduan awam dan perkhidmatan merawat pulih klien perlu diteruskan mengikut SOP yang telah ditetapkan; dan

(iii) bahawa Program Sihat Cergas dan Langsing perlu ditangguhkan dalam tempoh PKP bagi mematuhi SOP semasa.

(b) Mesyuarat bersetuju: (i) dengan perkara-perkara yang maklumkan oleh YBrs Tuan Pengerusi di Para 1.2 (3) (a); dan

(ii) supaya BKP menyusuli perkara di Para 1.2 (3) (a)(iii). Tindakan: PKP

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Pengurusan Utama AADK Bil. 5/2021 yang telah diadakan pada 3 Mei 2021 disahkan tanpa sebarang pindaan.

Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Jadual Cuti Perayaan Mesyuarat mengambil maklum:

4

SULIT

SULIT

(i) bahawa Jadual Cuti Perayaan bagi Hari Raya Puasa, Pesta Keamatan dan Hari Gawai telah diperoleh daripada semua Bahagian/Unit Ibu Pejabat dan semua PTJ. Jadual cuti yang diselaraskan tersebut telah diangkat untuk makluman YBrs. Ketua Pengarah pada 11 Mei 2021. BKP juga telah membuat tindakan susulan menghubungi beberapa Pengarah Bahagian/Ketua Unit/Pengarah Negeri/Pengarah PUSPEN untuk membuat pindaan pada jumlah hari permohonan cuti rehat sebagaimana yang telah diarahkan oleh YBrs. Tuan Ketua Pengarah; dan

(ii) bahawa Unit Integriti (UI) telah membuat hebahan e-mail kepada semua pengarah PTJ dan hebahan LENSA INTEGRITI AADK BIL. 10/2021Rentas Negeri tidak dibenarkan pada 5 Mei 2021. Sekiranya terdapat pegawai atau kakitangan yang membuat pergerakan merentas negeri tanpa kebenaran dan telah dikenakan kompaun, tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap pegawai dan kakitangan tersebut.

Makluman

3.2 Maklum Balas Mesyuarat

Mesyuarat mengambil maklum bahawa semua Pengarah Bahagian dan Ketua Unit telah mengambil tindakan berkaitan teguran YBrs Tuan Pengerusi dan memastikan maklum balas yang disediakan adalah jelas dan dijawab secara tepat.

Makluman

3.3 Hari Antidadah Antarabangsa

(a) Mesyuarat mengambil maklum:

(i) bahawa Bahagian Pencegahan (BPC) telah mengadakan Mesyuarat Persediaan Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa (HADA) bersama dengan Unit Antarabangsa pada 4 Mei 2021;

(ii) akan penjelasan Unit Antarabangsa mengenai program-program yang telah dilaksanakan oleh negara-negara lain bersempena sambutan International Day Against Drugs and Illicit Trafficking yang disambut pada 26 Jun 2020 sebagai rujukan perancangan program bagi sambutan pada tahun ini;

(iii) bahawa UMKK dan Bahagian Pencegahan (BPC) perlu menyelaras program-program pendidikan pencegahan melalui platform media sosial AADK dan dilaksanakan secara berterusan;

5

SULIT

SULIT

(iv) bahawa jemputan bagi penceramah dan peserta program webinar Drugs Treatment Training For Asean Member States dikeluarkan pada minggu hadapan;

(v) bahawa Perutusan Ketua Pengarah AADK sempena HADA 2021 digugurkan agar tiada kekeliruan berlaku memandangkan sebelum ini sudah ada Perutusan Ketua Pengarah bersempena HADAK 2021; dan

(vi) bahawa mulai tahun 2021, International Day Against Drugs and Illicit Trafficking sudah mula disambut oleh Malaysia bermula seawal Program HADAK 2021 pada 19 Februari 2021 yang lalu dengan pengisian beberapa program yang diakhiri dengan program berkaitan HADA pada 15 Julai 2021. Kesemua program HADAK dan HADA ini perlu dilaksanakan bersekali dan diselaraskan oleh Bahagian Pencegahan.

(b) Mesyuarat bersetuju supaya PC, UA dan UMMK menyusuli tindakantindakan di Para 3.10 (a).

Tindakan: PC, KUA dan PRO AADK

3.0 PEMBENTANGAN KERTAS PEMBENTANGAN

3.1 Pembentangan Kertas Pertimbangan 1: Cadangan Pelaksanaan Mobile Unit Rawatan dan Pemulihan

(a) Mesyuarat mengambil maklum:

(i) akan pembentangan Cadangan Pelaksanaan Mobile Unit Rawatan dan Pemulihan oleh Puan xxx, Pengarah xxx. Slid pembentangan seperti di Lampiran xxx;

(ii) bahawa terdapat permintaan daripada klien untuk AADK memperluaskan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadaj secara in situ di premis klien;

(iii) akan pandangan xxxxx;

(iv) akan pandangan xxxxx;

6

SULIT

SULIT

(v) akan penjelasan xxxxx; dan

(vi) bahawa MPP dipohon untuk mempertimbangkan syor-syor berikut:

(1) xxxx (2) xxxx (3) xxxx

(Nota: syor hendaklah sama seperti di Kertas Pertimbangan)

(b) Mesyuarat bersetuju dengan syor di para 3.1 (a) (vi).

Tindakan: xxxx

3.2 Pembentangan Kertas Makluman 1: Laporan Kemajuan Program Penghijauan KBT Penagihan Dadah Tahun 2021

Mesyuarat mengambil maklum:

(i) akan pembentangan Laporan Program Kemajuan Penghijauan KBT Penagihan Dadah Tahun 2021 oleh Tuan xxx, Pengarah xxx. Slid pembentangan seperti di Lampiran xxx;

(ii) bahawa kemajuan pelaksaaan program .....; dan

(iii) bahawa ......

Makluman

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 Sanitasi Pejabat Blok B

Mesyuarat mengambil maklum akan keterangan PKP bahawa berikut seorang kakitangan disahkan positif Covid-19, Pejabat Blok B telah disanitasi secara dalaman dan kemudiannya akan disusuli sanitasi oleh pihak Bomba pada hari Jumaat.

Makluman

4.2 Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

(a) Mesyuarat mengambil maklum bahawa SKT AADK masih belum lagi mencapai sasaran 100 peratus. Pada masa ini, pihak KDN sedang memantau pencapaian pengisian SKT semua jabatan dan agensi.

7

SULIT

SULIT

Sehubungan itu, semua Pengarah dan Ketua Unit diminta untuk mengambil tindakan melengkapkan pengisian SKT di Bahagian/Unit masing-masing bagi mencapai sasaran 100 peratus selewat-lewatnya pada hari Jumaat minggu hadapan dan pencapaiannya perlu dilaporkan oleh BKP pada MPU yang akan datang.

(b) Mesyuarat bersetuju supaya semua Pengarah dan Ketua Unit mengambil tindakan melengkapkan pengisian SKT di Bahagian/Unit masing-masing bagi mencapai sasaran 100 peratus selewat-lewatnya pada hari Jumaat minggu hadapan dan pencapaiannya perlu dilaporkan oleh BKP pada MPU yang akan datang.

Tindakan: Semua Pengarah Bahagian dan Ketua Unit

4.3 Pematuhan Garis Panduan PKP 3.0 AADK

Mesyuarat mengambil maklum akan peringatan YBrs. Tuan Pengerusi bahawa semua perkhidmatan AADK perlu diteruskan dan tidak boleh terjejas semasa tempoh PKP dan penguatkuasaan BDR. Pada masa yang sama, semua warga AADK perlu diingatkan sepanjang masa untuk sentiasa mematuhi semua garis panduan dan SOP berkaitan pencegahan wabak Covid-19 kerana kes-kes positif di kalangan warga AADK didapati telah mengganggu dan menjejaskan perkhidmatan AADK.

Perhatian: Semua Ahli Mesyuarat

5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.25 petang dengan ucapan terima kasih daripada YBrs. Tuan Pengerusi.

8

SULIT

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download